Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, June 16, 2014

Cerita Tahun 2014

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam selaman buat pengikut blog ini. Lama rasanya tak update blog ini disebabkan oleh kekangan kesibukan tugas. Begitupun,alhamdulillah,dapat juga memasukkan entry sekadar mengesahkan bahawa blog ini masih aktif.
Tahun 2014 merupakan tahun dimana saya terpaksa bermula dari kosong semula untuk mendidik @ mengajar Tekukur kerana kematian tragis BB Kalok yang cedera oleh kucing semasa di laman. Termenung juga saya sebulan dua oleh kerana tiada pelapis yang sesuai dan sesempurna BB Kalok yang boleh di ketengahkan. Nasib dan tuah masih tidak menyebelahi saya bilamana telah memilih seekor tekukur yang di hadiahkan oleh sahabat,yang mana telah diajar dan telah berjaya bunuh beberapa ekor akhirnya mati juga disebabkan termakan serangga beracun. Patutkah saya berundur dan berhenti dari hobi ini? Jawapan nya tidak kerana ini lah satu-satunya hobi yang paling saya minati.
Alhamdulillah,setakat ini saya telah mengenal pasti beberapa ekor burung ladung yang berpotensi untuk di ajar.
1. Guk 1,selangkuku,angguk angga,selang gagap dan suara c (Burung Kampung)
2. Guk 1,angguk angga,selang berapi,tekan rapat dan suara b (Kacuk)
3. Guk 1,tekan rapat,tarik akar,selang dan suara b (Burung Kampung)
Harapan saya agar pilihan saya ini berupaya mengubat kerinduan pada permainan berseni BB Kalok dahulu.
Berjumpa lagi di lain entry untuk perkembangan dan sebarang pengisian ilmu dalam hobi ini.

Wassalam.

3 comments:

  1. oh..kalau dah ada basic masti pandai pilih mana mana yang sesuai tuan...
    saya punya pikat pun baru kill 1 ... guk 1+2 .. kat laman tak mensia kan tuan..tapi memujuk BH tak berapa nak cun sebab lambat baru BH turun .. tapi tetap jadi kesayangan saya ... sekarang ada sekor nak di jadi kan pelapis tapi tak jadi2 .. nak mengajar pun tak ada masa .. biar galak di sangkar layan dulu ... tuan sri aman di mana .. saya urg lachau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa,biar bb tu mengeluarkan semua isi nya dulu atas s.layang baru lh syok masa mengajarnya nanti. Saya duduk di bandar sri aman. klau balik kampung boleh hubungi saya nanti.


      Delete
  2. Assalamualaikum Abang ada burung terkukur abang yang jadi buat pikat

    ReplyDelete

Ulasan