Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Tuesday, January 22, 2013

MUSIM BARU BERMULA

Salam...musim hujan bakal berakhir pada sekitar awal Febuari ini nanti. Maka,bermula jugalah musim baru untuk memburu BH idaman. Laman atau angga musim lepas yang telah tiada ketuanya,mungkin pada musim ini telah berganti dengan ketua baru yang lebih hebat,ataupun ketua yang lama masih bertahan dan tidak mampu ditangkap,mungkin juga akan berjaya di tangkap pada musim baru ini nanti.

Di penghujung musim lepas saya sempat meluangkan masa dengan mencuba untuk membuat Jebak Rama-Rama. Sekadar untuk mengisi masa sambil meneliti dan menilai BB manakah yang berpotensi untuk diketengahkan pada musim ini nanti,sempat juga Jebak tersebut disiapkan.Jebak tersebut saya buat khas untuk menangkap Murai Batu (Sesekali teringin juga menyimpan seekor dua jenis 'Songbird' di perkarangan rumah). Makin riuh lah suasana...Hehehe...



Dalam pada itu,setelah dikenalpasti dan dinilai,bagi permulaan musim ini saya mengetengahkan seekor BB sebagai 'anak murid' baru (Bila lah nak jadi Pengetua pulak ni?). Butir-butir BB tersebut:

Nama : Akan diberi setelah berjaya membunuh seekor.
Jenis : Guk 2 Jati.
ISI (Isi Setakat Ini) : Gagap 3 mata,tekan rapat,ada selang.
Air Suara : Sedang.
Sejarah : Anak BH dari sarang.
Umur : + - Tiga Tahun.
Saiz : S.
Latihan setakat ini : Ladung Besar -Ladung Asuhan - Sangkar Layang - Tanah - Jebak.
Keistimewaan : Walaupun spec tidak sempurna tapi jenis hati kering dan rajin lambung Guk.
Perancangan : Bermula dengan Jebak dan jika ianya berpotensi akan dilatih ke pelepah.
Sasaran masa penilaian : 06 bulan bermula dari tarikh pertama kali diajar di hutan.


BB ini masuk ke jebak secara rasminya pada hari ini 22/01/2013.