Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, August 23, 2010

Ladung Oh Ladung

Ini adalah ladung asuhan di belakang rumah saya. Memandangkan saya bercadang untuk mengubahsuai kawasan di belakang rumah saya ini maka ladung tersebut saya buat ala kadar sahaja untuk sementara waktu sahaja. Ladung ini saya panggil ladung asuhan kerana ladung ini dibuat untuk melatih,mengasuh dan menyesuaikan BH dengan suasana dan persekitaran bercampur dan berdikari dengan otai-otai yang lainnya. Ladung ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian belakang agak luas dimana hanya BH yang terpilih dari Ladung Biasa (di kampung,rumah bapa mertua dan bapa saya) sahaja akan diletak bersama dalam ruangan ini manakala bahagian hadapan saya buat berpetak-petak untuk menempatkan BH yang benar-benar berkualiti dan berpotensi sahaja secara berasingan setelah dipilih dari bahagian belakang. Dalam erti kata lain ladung ini merupakan tempat pemilihan terakhir saya dalam proses memilih BH untuk di latih dan di asuh menjadi BB dan seterusnya akan diletakkan di atas sangkar layang.

1 comment:

  1. Bagus lah Pakwa punya perancangan!

    ReplyDelete

Ulasan