Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, August 23, 2010

Koleksi Pikat Dan BB Saya.

Inilah jebak dan pikat pertama saya sejak mula terlibat di dalam hobi ini.Jebak dan pikat ini adalah hasil air tangan saya sepenuhnya. Jebak tersebut saya jalin dengan menggunakan 80% dawai tembaga dan disembur dengan menggunakan cat Flat Black.Jebak dan pikat ini telah saya gunakan hampir selama 19 tahun iaitu sejak saya berumur 18 tahun lagi dan masih bersama saya sehingga sekarang.Sejarah jebak dan pikat ini telah membunuh ratusan ekor BH. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk mengelarkan pikat saya dengan gelaran panggilan bila ia telah berjaya membunuh di angka 100 dan pikat ini saya panggil dengan gelaran Fei Mau kerana badannya agak gempal dan bulat semasa mula-mula saya dapat dulu.
   Ini merupakan pikat kegemaran saya lebih-lebih jika ada BH idaman terkesan. Pikat ini saya panggil dengan gelaran Jang Loi. Ia adalah Guk 2 Gantung dan suka melakukan aksi tembak di laman dan `kaki tukar gear'. Pikat ini adalah antara pikat yang cepat jadi dan rekod telah membunuh lebih kurang 300 ekor BH.
Ini pula adalah pikat Seladang Gantung (SG) saya. Keistimewaannya,BH cukup marah dengan suara sedangnya,angguk,gagap sepatah dan selangnya.Tapi game tak lama sebab kebanyakan BH tak cakap banyak bila beradap,terus meluru dan sangkut kecuali ada dua tiga kes kena dengan BH jenis terjun macam helikopter ke laman atau macam helang menyambar. Setakat ini telah membunuh lebih kurang 150 ekor BH melayakkan ia dipanggil dengan gelaran Biju.

Di sebelah pula adalah gambar BB yang paling sempurna bagi saya kerana memiliki cukup sifat-sifat fizikal sebagai seekor pikat.Baru di latih sekitar awal tahun 2010 dan telah membunuh 25 ekor BH.Walaupun saya kurang meminati Guk 2 tapi BB Guk 2 ini agak menarik minat saya untuk mencuba.
Dan ini pula adalah BB Seladangjati saya. Tengah meluruh kali pertama di tangan saya. Baru membunuh 9 ekor dan sengaja saya letak dalam ladung asuhan selepas membunuh 9 ekor. Sememangnya amat perit untuk menjinakkan dan melatih SJ ini kerana memang sifatnya yang degil dan liar disamping tidak mahu disentuh. BB ini najisnya berwarna hitam,cuma waktu meluruh saja najisnya bertukar ke warna najis Tekukur biasa.

3 comments:

Ulasan