Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, June 16, 2014

Cerita Tahun 2014

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam selaman buat pengikut blog ini. Lama rasanya tak update blog ini disebabkan oleh kekangan kesibukan tugas. Begitupun,alhamdulillah,dapat juga memasukkan entry sekadar mengesahkan bahawa blog ini masih aktif.
Tahun 2014 merupakan tahun dimana saya terpaksa bermula dari kosong semula untuk mendidik @ mengajar Tekukur kerana kematian tragis BB Kalok yang cedera oleh kucing semasa di laman. Termenung juga saya sebulan dua oleh kerana tiada pelapis yang sesuai dan sesempurna BB Kalok yang boleh di ketengahkan. Nasib dan tuah masih tidak menyebelahi saya bilamana telah memilih seekor tekukur yang di hadiahkan oleh sahabat,yang mana telah diajar dan telah berjaya bunuh beberapa ekor akhirnya mati juga disebabkan termakan serangga beracun. Patutkah saya berundur dan berhenti dari hobi ini? Jawapan nya tidak kerana ini lah satu-satunya hobi yang paling saya minati.
Alhamdulillah,setakat ini saya telah mengenal pasti beberapa ekor burung ladung yang berpotensi untuk di ajar.
1. Guk 1,selangkuku,angguk angga,selang gagap dan suara c (Burung Kampung)
2. Guk 1,angguk angga,selang berapi,tekan rapat dan suara b (Kacuk)
3. Guk 1,tekan rapat,tarik akar,selang dan suara b (Burung Kampung)
Harapan saya agar pilihan saya ini berupaya mengubat kerinduan pada permainan berseni BB Kalok dahulu.
Berjumpa lagi di lain entry untuk perkembangan dan sebarang pengisian ilmu dalam hobi ini.

Wassalam.