Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, May 21, 2012

BB bisu menapau.

Petang ni badan rasa tak berapa sedap. Balik jer dari pejabat,terus capai cetok,masukkan ML,pecut ke Dusun durian tempat mengajar tempoh hari. Niat bukan nak mengajar pun,cuma hendak mengeluarkan peluh...nak berjogging,berat sangat rasanya.Sampai di lokasi,macam biasa,meriah suara2 BH berkumandang...terdengar satu suara BH guk 2 jati,tekan guk (Rantau),pekakas...perhhh...terus baik pulak rasanya badan yang tak sihat ...apalagi,terus himpit ke bahagian dalam dusun tersebut,serapat yg boleh ke angga BH Rantau (BHR) ...perrsiap laman,pacak racik,keluarkan BB ML,terus menyorok di balik pokok durian tidak jauh dari laman.
ML senyap jer...sesekejap tarik tali kaki...hai,nak merasa air kolam ML ni agaknya,buat perangai di saat-saat penting macam nie...pening kepala mikir perangai ML...tayar motor dah nampak dawai,selipar jepun dah berbelas pasang berganti,tali ulat@kaki branded dah dua kali bertukar...penat oooiii mengajar BB ni,tapi perangai tak berubah-ubah jugak...takpa lah,lepas ni kena start balik dari A pasal sayang dengan aura penurun ML nie...bukan penurun suara tapi penurun fizikal...
ML tembak dua tiga kali,BHR tembak jugak dan landing betul2 di dahan pokok durian yang di bawahnya laman ML...ML tembak sedas...prufff...BHR terjun betul2 di laman racik...berjalan sambil menguku lima enam langkah,kaki jem...apalagi,menggelupor lah jawabnya...tangkap BHR,racik tembaga saudara Rahmat a.k.a Naneng grip kemas dua jari kaki kiri...alhamdullilah...dapat jugak merasa BH Rantau,ada lah pasangan untuk pesum Burung Ladung betina Rantau...
Selesai dengan penamat kegembiraan...gambar tak sempat ambik sebab iPhone tertinggal...takpe,nanti saya upload gambar BHR di dalam Ladung.

Monday, May 14, 2012

Dendam terbalas.

Tarikh : 13/05/2012.
Masa : 0630 am.
Logistik : BB SG (ML)
Lokasi : Laman mengajar dusun durian.

Semalam bawa pikat yang bernama Fei Mau dengan harapan menangkap otai dusun durian yang telah membelasah teruk BB SG yang bernama ML.Semangat untuk menawan BH tersebut begitu membara...habis segala pengetahuan,ilmu dan pengalaman dikeluarkan demi untuk membalas demdam. Namun,BH tu macam tahu,lansung tidak menunjukkan diri,sebaliknya BH sora sedang tarik akar yang terkena...lepaskan balik sebab tak berkenan...
Hari ni bawa lagi BB SG ML turun,rehatkan pikat candi/tua si Fei Mau...sampai di laman,siapkan laman,pacak racik tembaga 21 mata pemberian saudara Rahmat a.k.a Naneng,laju jer ML keluar dari cetok...terus buat kerja biasa,apalagi berkebun lah (pagut rumput,tanah) Tuan dia dah siap-siap menyorok.
Lebih kurang seminit dua macam tu, suara ML mula berkumandang...macam biasa,lambung guk,perap,selangkuku...itu jer pun yang dia ada...isi lain masih simpan untuk khazanah kot...
Entah dari mana tetiba dah terpancul BH di atas angga dahan durian diatas laman ML...berdebar-debar hati bila mendengar sora BH tersebut...memang sah BH yang telah membelasah ML tempoh hari...dipendekkan cerita,BH tu terjun macam daun kering,betul-betul ditengah laman...macam biasa sepak terajang,pukul memukul,tampar menampar dan akhirnya ML buang BH ke laman racik...ambek kau,terkial-kial kaki kena racik...game over...racik sangkut di 2 jari...


BH kopi O jer...simpan untuk teman sparring dlm Ladung.



Ni ler rupa kaki buli dusun durian...tertewas akhirnya.

Friday, May 11, 2012

Sessi mengajar BB

Tarikh : 11 Mei 2012.
Masa : 1500 Hrs.
BB    : SG (ML)

Kebetulan selepas solat Jumaat kelepasan tugas,bawa BB SG yang bernama ML untuk mengenali laman sambil menghirup udara segar. Dari semalam lagi ML dah ada dalam cetok,cadang memang nak mengajar ML hari ni.Start motor terus menuju ke dusun durian yang memang terkenal untuk tempat mengajar BB. Dengar khabar daripada member-member,ada BH yang teramat garang di kawasan tersebut,tapi yang hairannya,hanya yang bernasib baik saja yang dapat bersua dengan BH tersebut.Entahlah,saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran cerita tersebut.
Dipendekkan cerita,sampai di dusun tersebut,hujan renyai baru saja berhenti.Jumpa laman baik punya,terus pacak ML.ML segan-segan pulak nak keluar dari cetok.Bila keluar,jinjang jer leher,terpingga-pingga.Bodoh sekejap,maklumlah,kejutan budaya.Kemas sikit ala kadar,apalagi tuan dia,macam biasa, buat kerja menyorok.Dalam lebih kurang tak sampai seminit ML lambung guk...seladang 3 kali ...guk sekali...pastu perap tiga empat ketul,lambung guk lagi...sesekali tekan selangkuku...Wahhh...ini macam sudah bagus...hati tuan manyak sinang...muka ada sinyummm...
Sambil seronok menghayati alunan irama ML,tetiba ML tekan angguk...macam tak kenal dunia ML mengangguk sambil menghentak-hentak kaki...prappp...prappp...prappp...alamak,tahu-tahu BH dah atas belakang ML.Berkepul bulu ML di buatnya...bila pulak BH ni sampai? dari mana? tanpa salam,tanpa amaran...tak boleh jadi ni,sebelum ML teruk,saya tepukkan tangan,konon nak menghalau tapi BH memang macam dah nekad nak membelasah ML...takda kesian,sampai lah saya datang dekat barulah BH tu terbang,itupun di dahan pokok durian betul-betul atas kepala saya...yang pedihnya,siap tekan angguk,perap lagi tuh...saya nak ambik gambar,pruppp...dia terbang naik tinggi sikit di dahan atas...elok jer saya masukkan ML kedalam cetok, BH tu lambung guk...alamak,SJrupanya... suaranya,perhhh... nyaring,pekat,kaw...sampai meremang bulu roma saya mendengarnya...adakah itu BH yang sering diceritakan kehebatannya?Saya pun tak pasti,tapi apa yang saya pasti,esok saya akan repeat balik dengan hero no.1 saya,Fei Mau dengan aksi jebak.Tau lah kau esok  wahai BH SJ Idamanku...


Ni dia port BH SJ.


Berterabur bulu ML kena belasah.



ML monyok lepas kena belasah BH SJ.

Wednesday, May 2, 2012

BB BERTARUNG


Lama rasanya Burung Baru tidak turun ke tanah.Asyik memekak di atas sangkar layang,bingit telinga dibuatnya. Tengok cuaca pun elok,terus turunkan BB Seladang Gantung yang bernama ML ni bersebelahan dengan ladung.Dah siap pacak tumang,saya tinggalkan. Tidak lama selepas itu,kecoh dengan bunyi suara angguk tekukur,rupa-rupanya ML beradap dengan BH.Mana pulak datangnya BH ni,tetiba jer muncul dengan sepak terajang. Saya tak puas hati,halau BH tu,terus pacak racik. dari bilik tempat saya mengendap,bukan main lagi suara BH ni...ini sudah bagus,suara macam burung pesum,isi ada ler seketul dua...ok jugak tu,boleh tambah koleksi burung dalam Ladung...lambung guk sedas dua,perap dua tiga ketul terus terjun ke laman,apalagi,naik gila lah ML walaupun lima enam kali kena penyepak BH...dipendekkan cerita,akhirnya BH tu telah berada di atas sangkar layang dengan amannya...untuk trip musim depan...sempat jugaklah saya rakam sedikit sebab begitu teruja nak lihat reaksi ML.

video


Kesian la pulak tengok ML kena belasah kaw-kaw dengan BH...nasib baik la ML tahan lasak...kalau tidak,lama dah pirut...naya la jawabnya...maaf la,vids ni sessi pertama sebelum pacak racik.