Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Monday, May 6, 2013

Mendidik Tekukur 2

Salam buat pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Pada entry kali ini suka saya membicarakan perihal mendidik tekukur,rentetan dari isu terdahulu. Sengaja saya sambung tajuk ini memandangkan ramai sahabat yang bertanyakan hal-hal berkaitan mendidik tekukur ini. Perlu saya jelaskan bahawa apa yang bakal saya catatkan adalah cara,pandangan dan pendapat saya sendiri. Cara dan teknik ini mungkin berbeza kerana tergantung pada kemampuan,kemahuan dan keistimewaan seekor tekukur itu sendiri. Mungkin berkesan atau tidak kerana setiap tekukur adalah unik dan tidak sama walaupun pada zahirnya ianya serupa.
Berbalik pada tajuk,saya ingin menyambung pada bahagian di mana setelah pemilihan dibuat dan Tekukur harapan telahpun berada di atas sangkar layang. Maka setelah sebulan dua,berkokok lah tekukur tersebut. Dari hari ke hari tekukur tersebut semakin galak,siap tertonggeng-tonggeng di sangkar layang,dengan kepak yang bergedik,menekan tanpa henti.Wah,seronok hati melihat hasil air tangan sendiri mula berhasil,dalam hati berkata `dah boleh lah ni dibawa ke hutan`. Tetapi apabila dibawa ke hutan,aduh...kaku macam batu di laman. Itu tak mengapa lagi,ada yang tarik tali kaki sampai nak tercabut kaki,mengelupur macam nampak hantu,tuan sendiri pun dah tak kenal lagi. Kenapa boleh terjadi begini?
Jawapan nya adalah senang. Sama ada tuan tidak kenal burung atau burung tidak kenal tuan. Makna kata,
proses persefahaman antara tuan dan burung tidak seperti yang sepatutnya. Tidak faham? Okey,kita detail kan secara jelas. Bila kita telah menilai dan memilih tekukur yang hendak kita jadikan pikat maka proses yang seterusnya adalah mengenali tekukur tersebut dengan langkah pertama meletakkannya di atas sangkar layang dengan tujuan untuk membiasakan nya dengan persekitaran sekeliling dan yang lebih penting adalah agar kita dapat `berhubung terus` (direct contact) dengannya. Maksud berhubung terus disini adalah dengan cara menyentuh (mengusap), memandikan,memberi makan secara lansung dan membersihkan sangkar layang dan sebagainya. Rutin secara tidak lansung ini merupakan langkah pertama yang paling penting dalam tertib untuk hubungan terus secara lansung dengan tekukur tersebut.
Okey,langkah seterusnya adalah memahami perangai,sifat dan kemahuan tekukur tersebut. Bagaimana? Ini memerlukan kesabaran sebab cara yang baik untuk memahami atau tahu perangai,sifat dan kemahuan terkukur tersebut adalah dengan:
1.Memerhati :-
   1.1.Tingkah laku.
         1.1.1. Perhatikan keberanian nya untuk membuka suara di sangkar layang dengan mengalihkan lokasi pengantungan sangkar layang tersebut. Jika di alih dimana-mana pun ia berani bersuara,maka ajar untuk turun main di tanah.Jika  di tanah pun ia berani atau mahu bersuara,nilai kan perbezaan suaranya sama ada telah mengeluarkan suara pada tahap berani ataupun masih takut2. Hanya tekukur yang bersuara pada tahap berani sahaja yang bersedia di ajar ke hutan.
   1.2 Permainan.
         1.2.1. Perhatikan permainan dan isi nya semasa di sangkar layang dan tanah.BB hanya boleh di ajar di suasana sebenar(hutan) bila mana ianya telah berani mengeluarkan semua isi atau permainannya semasa dalam latihan di rumah,baik tanah,jebak mahu pun pelepah.
    1.3 Kemahuan dan keperluan.
          1.3.1. Perhatikan apa kemahuan dan keperluan nya dengan melakukan beberapa percubaan/ujikaji terhadap tekukur tersebut. Contoh,ada tekukur yang suka mandi,ada yang suka diberi mandi secara basah separuh,ada yang tidak suka dipegang badannya,ada yang cepat tercungap-cungap bila dijemur dan lain-lain lagi.Bila kita dapat memahami kehendak,kemahuan dan keperluan tekukur tersebut maka kita secara tidak lansung kita mampu mengendalikan nya dengan mudah.
Itu adalah diantara tertib dalam proses mengenali secara dua hala. Setelah kita kenal tekukur kita dan tekukur pun kenal siapa tuannya,bagaimana pula tentang bila kah masa yang sesuai untuk mengajar tekukur ini. Dari pemerhatian dan pengalaman saya,tekukur (BB) perlu melepasi beberapa peringkat semasa galak di atas sangkar layang sebelum boleh di ajar ke hutan. Peringkat pertama,kebanyakan aksi nya adalah menekan dan menguku (biasanya dalam bulan Januari ke bulan Mac) Peringkat kedua,menekan,menguku dan lambung guk (Bulan Mac ke bulan September) peringkat ketiga,menekan (bergedik kepak)dan angguk angga  (dari bulan Oktober ke bulan Disember). (Perlu di ingatkan bahawa permerhatian saya ini adalah khusus untuk kawasan Sarawak sahaja kerana di khuatiri kawasan lain tidak sama.) Setelah tekukur / BB tersebut melengkapkan ketiga-tiga peringkat tersebut,masa yang sesuai untuk di ajar ke hutan adalah pada peringkat pertama musim berikutnya.Pada ketika ini BB lebih selamat dari berlaga secara mengejut dengan BH dan kebanyakannya hanya berlawan suara sahaja.Tapi,jika `terpacak` di kawasan BH yang baru naik,pasti berlaga juga lah jawabnya.
Begitulah serba sedikit catatan saya berhubung dengan mendidik tekukur ini agar kita tidak lagi kecewa kerana BB tidak mahu bersuara barang sepatah pun bila berada di suasana sebenar.Apa yang penting,kenali lah BB anda terlebih dahulu dan secara tidak lansung BB akan mengenali anda. Dengan adanya kesefahaman ini maka anda tidak akan dikecewakan oleh BB anda.Mungkin ada yang tertinggal dan terkurang,ada kelapangan,saya akan sambung lagi di lain entry.Terima kasih.

Tips memilih tekukur yang senang di ajar dan cepat menjadi bagi yang tiada pengalaman. Di dalam Ladung besar,cari Burung Ladung yang kerap lambung guk dan menekan,dengan syarat roma nya mesti cerah dengan bersaiz badan sederhana.Cuba lah,anda pasti tersenyum.

6 comments:

  1. terimaksh bang...
    nasihat yang berharga buat kaki pikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama bro...ramai yang tanya tentang hal ni,saya bagitahu apa yang pernah saya lalui dan alami...semoga berguna dan menaikkan lagi semangat bagi yang baru dalam minat tekukur ni.

      Delete
  2. tahniah..penjelasan yang jelas..tq bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...sekadar perkongsian pengetahuan khas utk yg baru berjinak-jinak dlm hobi ni agar terus bersemangat...bukan utk menunjuk-nunjuk...tq remie atas kesudian membaca setiap entry saya.

      Delete
  3. Syabas dan terima kasih diatas perkongsian tips2 dari Pakwa!

    ReplyDelete
  4. seronok bila ada perkongsian begini. bru belajar main. tekukur ada la 2 ekor atas layang. masih fresh dari hutan hasil dari denak kawan. sekor dah dekat setahun belum bunyi. ada la kadang2 tu dengar jugak tp perlahan ja la. lagi sekor belum ckup sbulan dah bunyi. mmg mengharap nasihat2 sebegini dari otai2. tq pakwa.

    ReplyDelete

Ulasan