Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Wednesday, November 14, 2012

Projek Di Hujung Musim Siri 1.

Musim tahun ini berada di penghujungnya...sudah sedia maklum,di hujung tahun begini hujan mencurah-curah  turun...akibatnya banjir di sana sini...helang dan sewah berlegar-legar tanpa mengira waktu mencari rezeki untuk generasi baru...
Bagi kaki-kaki pikat pula inilah masanya untuk 'mengemaskini' BB maupun pikat...menconggak strategi dan menilai kembali skill disamping menentukan yang mana akan di turunkan untuk aksi musim akan datang...dalam pada itu berharap kecemerlangan musim lalu sekurang-kurang bertambah dengan jentera pengempur yang baru...
Saya tidak berkecuali dalam hal ini...masa-masa yang terluang di isi dengan aktiviti lainnya tapi 'mengemaskini' BB dan pikat tetap menjadi keutamaan...pada minggu lepas saya berkesempatan untuk membawa keluarga bersiar-siar di satu lokasi...alangkah terkejutnya saya dengan suara-suara Tekukur yang riuh rendah... suara yang riuh rendah tidak mengapa lagi tetapi bila diamati,berbagai-bagai dan bermacam-macam suara dapat didengar...dari Seladang hinggalah ke Guk 3,semuanya ada...isi pula jangan ceritalah...rantau penuh,tarik akar,gagap penuh,gagap selayar dua itu biasa,selangkuku...dan yang paling saya tidak dapat lupakan ialah seekor BH yang mengganguk sambil membuka kepak(macam Merbah Jambul),rantau penuh,selangkuku,Guk 2...dalam hati,lokasi ini adalah keutamaan satu untuk musim depan...memang tidak dapat dinafikan bahawa lokasi tersebut tidak pernah terusik lagi...masih segar dengan flora dan fauna yang memukau dan dihuni pula oleh pelbagai spesis unggas yang hampir pupus seperti Barau-Barau yang menghuni tepian sungainya,Murai Batu yang menghuni kawasan bukitnya,Burung Daun Hijau di lembah,Kuang di Gunungnya dan pelbagai spesis yang jarang kita lihat dan jumpa...yang menyedihkan ialah kebanyakan spesis ini mati sia-sia di jalanraya gara-gara dilanggar kenderaan...
Berbalik pada aktiviti 'mengemaskini' Tekukur,saya paparkan projek di hujung musim sebagai diari dan tatapan sahabat2 disamping untuk update blog saya ini...

 Jantan - Guk 2,Rantau Penuh  / Betina - Selandang Jati.

 Jantan - Guk 1-Sora besar / Betina - Guk 1-Rantau penuh.

 BB Guk 1-Tarik akar.

 Handfeed-Guk2-Gagap penuh-Sora sedang.

 BB Guk 1- Angguk Angga.

 Handfeed - Guk 1-Kaki belah rotan.

 Handfeed - Guk 1-Sepasang-Dari Induk Pikat.

Projek Sampingan -Puter (Tekukur Jawa)-JantanAlbino / Betina Biasa.

6 comments:

  1. tahniah bang,banyak stok untuk musim depan

    ReplyDelete
  2. TQ Mie...Stok banyak tpi nak mengajar tiada masa...

    ReplyDelete
  3. xda hebat aihhh...besa2 ja ni cikgu... nak lebih sikit ada atas sangkaq layang...lebih sikit ja pun...

    ReplyDelete
  4. nasib baik jauhhh...kalu x bawak cetok kosong..hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha...itu x dpt lh nk tolong Der...

    ReplyDelete

Ulasan