Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Tuesday, February 7, 2012

Semangat 2012

Lama rasanya tidak mengemaskini blog ini...bukan apa,cuma leka mendidik Burung Baru...lama jugak lah rasanya tidak bertanya khabar berita sahabat-sahabat sepermainan...apa kah khabar berita sahabat-sahabat di tanah seberang...Semenanjung? adakah masih aktif atau berehat sementara gara-gara helang atau sewah tengah bermaharajalela? tidakpun kerana keadaan cuaca yang tidak keruan masa ini?
Tahun 2012 telah masuk bulan yang kedua...lain pulak rasanya semangat pada tahun nie...berkobar-kobar semangat nak mendidik BB untuk menjadi...mana tidaknya,hampir patah semangat bila pikat kesayangan terkorban atas sangkar layang setahun yang lepas...tapi takpa,itu cerita lama...hati sudah terubat,BB hebat bakal menganti...hehehe...
Baiklah,kita buka cerita baru untuk tahun 2012 ini...permulaannya,saya perlihatkan gambar burung Tekukur yang terdapat di Timor Leste,sebuah kepulauan yang indah dan pantainya yang putih dimana masih terdapat banyak hidupan unggasnya dan bagi saya,peminat tekukur,ini sajalah kenangan yang dapat saya abadikan dari Timor Leste.

Inilah rupanya Burung Tekukur di negara Timor Leste. Bagaimana? Ada sebarang perbezaan dengan Tekukur di negara kita?

Apa-apapun,untuk perkongsian bersama...sebagai halwa mata...saya tangguhkan dulu coretan ini...kita bakal bersambung,Insya Allah.dipanjangkan usia,saya akan cuba kemaskinikan blog ini dengan aktiviti semasa saya khasnya dan teman-teman di bumi Kenyalang ini amnya untuk pengetahuan bersama...chowww...wassalam.