Ok,berbalik pada catatan,seperti tahun-tahun yang sebelumnya (jika saya tidak terlibat dengan sebarang penugasan)memang tradisi keluarga saya seminggu sebelum raya,kena ke kebun ayah saya untuk mengambil buluh lemang...walaupun berpuasa tapi kena gagahkan jugak meneruskan tradisi ini,lagipun aktiviti semuanya di dalam hutan,taklah panas sangat...
Jalan dari kebun ke tempat mengambil buluh.Kelihatan abang ipar bersama sahabat dan jiran bersama.
Nasib baiklah cuaca hari ini (Ahad,12/08/2012) redup,tekak pun tak lah terasa kering sangat. Lepas jenguk tanaman sekejap,terus masuk ke dalam hutan untuk mengambil buluh.Macam biasa,riuh rendah dalam hutan tu dengan suara dan gelagat...meriah.
Suasana dalam hutan dengan perdu buluh lemang.
Dalam pada sibuk memilih dan menebang buluh lemang ni,terserempak dengan perdu rotan...wahhh...banyak rupanya perdu-perdu rotan yang tumbuh menjalar dalam kebun orang tua saya ni...peluang baik jangan dilepaskan...banyak burung ladung boleh digantung dengan rotan ni...leka saya dibuatnya sampai tak ingat puasa dan nak balik.
Macam-macam jenis rotan ada dalam hutan ni...tinggal pilih dan ambil saja.
Lastly,buluh pun lemang pun dah dapat dan rotan pun dah dapat,apalagi,balik untuk aktiviti seterusnya...persiapan untuk berbuka puasa pada petang ini...
Ni lah hasilnya...buluh lemang untuk Syawal tahun ini...
No comments:
Post a Comment
Ulasan