Masa : 1500 Hrs.
BB : SG (ML)
Kebetulan selepas solat Jumaat kelepasan tugas,bawa BB SG yang bernama ML untuk mengenali laman sambil menghirup udara segar. Dari semalam lagi ML dah ada dalam cetok,cadang memang nak mengajar ML hari ni.Start motor terus menuju ke dusun durian yang memang terkenal untuk tempat mengajar BB. Dengar khabar daripada member-member,ada BH yang teramat garang di kawasan tersebut,tapi yang hairannya,hanya yang bernasib baik saja yang dapat bersua dengan BH tersebut.Entahlah,saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran cerita tersebut.
Dipendekkan cerita,sampai di dusun tersebut,hujan renyai baru saja berhenti.Jumpa laman baik punya,terus pacak ML.ML segan-segan pulak nak keluar dari cetok.Bila keluar,jinjang jer leher,terpingga-pingga.Bodoh sekejap,maklumlah,kejutan budaya.Kemas sikit ala kadar,apalagi tuan dia,macam biasa, buat kerja menyorok.Dalam lebih kurang tak sampai seminit ML lambung guk...seladang 3 kali ...guk sekali...pastu perap tiga empat ketul,lambung guk lagi...sesekali tekan selangkuku...Wahhh...ini macam sudah bagus...hati tuan manyak sinang...muka ada sinyummm...
Sambil seronok menghayati alunan irama ML,tetiba ML tekan angguk...macam tak kenal dunia ML mengangguk sambil menghentak-hentak kaki...prappp...prappp...prappp...alamak,tahu-tahu BH dah atas belakang ML.Berkepul bulu ML di buatnya...bila pulak BH ni sampai? dari mana? tanpa salam,tanpa amaran...tak boleh jadi ni,sebelum ML teruk,saya tepukkan tangan,konon nak menghalau tapi BH memang macam dah nekad nak membelasah ML...takda kesian,sampai lah saya datang dekat barulah BH tu terbang,itupun di dahan pokok durian betul-betul atas kepala saya...yang pedihnya,siap tekan angguk,perap lagi tuh...saya nak ambik gambar,pruppp...dia terbang naik tinggi sikit di dahan atas...elok jer saya masukkan ML kedalam cetok, BH tu lambung guk...alamak,SJrupanya... suaranya,perhhh... nyaring,pekat,kaw...sampai meremang bulu roma saya mendengarnya...adakah itu BH yang sering diceritakan kehebatannya?Saya pun tak pasti,tapi apa yang saya pasti,esok saya akan repeat balik dengan hero no.1 saya,Fei Mau dengan aksi jebak.Tau lah kau esok wahai BH SJ Idamanku...
Ni dia port BH SJ.
Berterabur bulu ML kena belasah.
ML monyok lepas kena belasah BH SJ.