Salam buat semua pembaca,rakan2 selaman dan seangga...atas permintaan ramai rakan2 di Sarawak yg meminta agar berkongsi pengetahuan tentang cara saya mendidik @ mengajar tekukur dari hutan hingga lah menjadi pikat,maka di sini saya perturunkan pengalaman berkenaan cara saya sendiri mendidik @ mengajar tekukur.Perlu diingatkan terlebih dahulu,lain orang lain pulak lah caranya...ini cara,teknik dan ikhtiar saya untuk membentuk seseekor brg tekukur dari tangkapan hutan hinggalah menjadi BB dan pikat @ denak...jika betul pada pandangan dan perkiraan jadikan tauladan tapi jika salah,maafkan saya dan jadikan sebagai hiburan semata...yang baik semuanya dari Allah,yang buruk semuanya dari kesilapan saya sendiri...
Bercakap tentang mendidik @ mengajar seseekor burung tekukur yang kita dapat dari hutan ataupun yg kita beli dari kedai...perkara pertama adalah memilih tekukur yang hendak kita didik,bentuk dan ajar...dlm hal ini,pemilihan adalah langkah pertama yg sangat penting kerana kita tidak mahu membuang masa,kos menyimpan dan kudrat semata-mata tersalah pilih dan berputus asa pada akhirnya...memilih secara tepat bermaksud kita memilih sendiri atau meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada seseorang yang tahu selok belok kualiti seseekor tekukur yg baik...pemilihan juga bermaksud kita meneliti seseekor tekukur tersebut dari paruh hinggalah ke hujung ekor,semuanya perlu di lihat secara teliti...perlu diingatkan bahawa kualiti seseekor tekukur tidak lah sesempurna 100%...mesti ada yg terkurang dan terlebih...misalnya Guk 1 ekor kura nya terlebih sedikit tapi bulu penyambutnya besar dan panjang,tidak mengapa...itu dinamakan kekurangan yang ditutup...masih boleh dikira baik dan disimpan. Macam mana sesekor tekukur yg baik atau memilih seseekor tekukur yang 'perfect'? Insya Allah,ada kesempatan nanti saya mungkin akan huraikan...tapi,banyak rujukan2 dlm Forum dan blog yg berkaitan dengan tekukur boleh didapati...semuanya agak sama cuma perlukan pengalaman untuk menilai dan mempraktikannya...
Setelah pemilihan dibuat,letakkan Tekukur Didik (TD) tadi di dalam Ladung besar bersama 2 ke 3 ekor tekukur bersamanya(mesti burung tekukur yang baru masuk ladung juga,bukan yang dah lama dalam ladung)...untuk beberapa ketika lebih kurang sebulan dibiarkan dalam Ladung besar tersebut,perhatikan sifat,tingkah laku dan perangai TD tersebut. Disini proses mengenali TD bermula dengan memerhati tahap keberanian,air suara,jalan suara dan permainannya...ini bukan proses menilai tetapi lebih kepada memerhati dan mengenali...biarkan TD tersebut hinggalah TD tersebut telah mula menguasai kawanan dalam Ladung tersebut...tetapi jika TD telah dikuasai oleh tekukur yg lainnya dalam tempoh 3 hingga 5 bulan di dalam Ladung tersebut,disinilah proses menilai nya sama ada utk mengasingkannya ke petak secara bersendirian ataupun kalau saya,saya lepaskan saja...ada 3 sebab kenapa TD tersebut lambat naik (dikuasai)...1.Burung Muda...2.Burung pernah kalah di hutan...3.Burung Pengikut (Istilah Sarawak).
Bukan bermaksud burung lambat naik tersebut tidak bagus tapi memakan masa utk naik atau jadi dan perlukan kesabaran yang tinggi utk mengajarnya...
Setelah proses menilai dilakukan maka alihkan ia secara bersendirian di dalam kandang petak (Sila rujuk patern / cara Ladung saya di dalam post Ladung oh Ladung). Biarkan ia dalam kandang petak tersebut seketika,perhatikan perangainya samada dia cepat berbunyi atau menguku dlm kandang petak tersebut...jika ya,maka alihkan pulak ke sangkar layang...di sangkar layang inilah bermulanya proses menjinakkan bertujuan untuk membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dan dimandikan...selepas itu,TD tersebut diajar turun naik dari sangkar layang ke tanah...kekerapan melakukan aktiviti ini adalah perlu dengan membiarkan ia memagut dan makan pasir @ tanah seketika...disamping itu selitkan juga dengan mengajar ia masuk keluar cetok sehingga ia tidak takut atau terpingga-pingga utk masuk ke dalam cetok dan seterusnya ke atas sangkar layang...Bila masa yg sesuai untuk mengajar @ membawa ia ke hutan? Bila ia telah galak di atas sangkar layang ataupun di dalam cetok...tidak perlu menunggu sehingga kepaknya bergedik,cukup bila ia galak menekan,perap dan menguku,boleh di ajar ke hutan...jgn pacak dahulu,gantung dulu,perhatikan apa reaksinya bila ia mendengar suara tekukur hutan...jika ia telah mula membalas suara tekukur hutan,turunkan ke tanah tapi jgn sampai dibelasah tekukur hutan,takut bacul atau terus patah @ jatuh...susah nak perform lagi...
Begitulah seringkas-ringkasnya yang dapat saya huraikan...mungkin banyak yang tertinggal,tapi secara kasarnya begitulah rentetan cara saya mengajar tekukur...tiada salahnya mencuba selain dari cara saya ini,asalkan logik dan berkesan,tidak ada cara yg khusus mengajar @ mendidik tekukur sehingga menjadi...perlu diingatkan juga bahawa nasib dan tuah memainkan peranan penting mengajar tekukur ini...ada tekukur yg cepat menjadi dan ada yg lambat...apa yg penting adalah kesabaran yg tinggi...jgn jadi lauk sudah...
Tips utk yang baru berjinak2 dengan hobi ini...pilih burung Tekukur yang roma nya cerah (air embun) dan Guk 2...cuba lah,anda pasti tidak menyesal...