Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Wednesday, May 2, 2012

BB BERTARUNG


Lama rasanya Burung Baru tidak turun ke tanah.Asyik memekak di atas sangkar layang,bingit telinga dibuatnya. Tengok cuaca pun elok,terus turunkan BB Seladang Gantung yang bernama ML ni bersebelahan dengan ladung.Dah siap pacak tumang,saya tinggalkan. Tidak lama selepas itu,kecoh dengan bunyi suara angguk tekukur,rupa-rupanya ML beradap dengan BH.Mana pulak datangnya BH ni,tetiba jer muncul dengan sepak terajang. Saya tak puas hati,halau BH tu,terus pacak racik. dari bilik tempat saya mengendap,bukan main lagi suara BH ni...ini sudah bagus,suara macam burung pesum,isi ada ler seketul dua...ok jugak tu,boleh tambah koleksi burung dalam Ladung...lambung guk sedas dua,perap dua tiga ketul terus terjun ke laman,apalagi,naik gila lah ML walaupun lima enam kali kena penyepak BH...dipendekkan cerita,akhirnya BH tu telah berada di atas sangkar layang dengan amannya...untuk trip musim depan...sempat jugaklah saya rakam sedikit sebab begitu teruja nak lihat reaksi ML.



Kesian la pulak tengok ML kena belasah kaw-kaw dengan BH...nasib baik la ML tahan lasak...kalau tidak,lama dah pirut...naya la jawabnya...maaf la,vids ni sessi pertama sebelum pacak racik.