Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Saturday, March 16, 2013

Lesen Merbuk 2013

Agak lama juga saya tidak memikat Merbuk. Teringin juga untuk melayan suara merdu Merbuk di hutan. Dalam dua ke tiga hari yang lepas sempat juga lah mencuri masa untuk membawa dan mengajar BB yang bernama Pay-Lock(PL) ke hutan,sekadar digantung untuk menilai air suara dan keberaniannya. Ternyata tepat ciri-ciri yang ada pada PL sebagai seekor bakal pikat yang berkualiti.
Petang ini jam 1400 hrs bawa PL ke hutan dengan tujuan untuk melatih dan membiasakannya dengan suasana sebenar persekitaran hutan. Bersenjatakan jebak hasil air tangan sendiri,yang sememangnya dibuat khas untuk PL,saya menuju ke dusun durian dimana selalu kedengaran suara galak seekor taiko BH Merbuk  semasa saya sedang memikat Tekukur. Setting jebak di pokok durian muda,tidak sampai satu minit ditinggalkan,PL mula meratus.Selepas dua ke tiga kali PL meratus,BH taiko dusun tersebut pun membalas. Agak jauh suaranya. PL terus meratus dan meratus tanpa henti. Suara BH semakin dekat dan dekat,marah benar BH tersebut dengan suara PL. Dari tempat menyorok kelihatan BH terbang lansung hinggap di pokok jambu,bersebelahan dengan pokok durian dan lokasi jebak.PL pada mulanya terkedu mula berderak...arkkk...arkkk...arkkk...apalagi,BH yang marah mula melompat dari dahan ke dahan. Lebih kurang berbelas kali BH tersebut berpusing-pusing melompat meniti dahan ke dahan berhampiran angga jebak,tapi tetap tidak mahu menuju ke angga. Upacara berbalas derak semakin rancak sehinggalah BH hilang pertimbangan lalu melompat ke angga jebak. Prappp...selamat diselimuti rapun jebak.



Inilah taiko dusun durian yang tertewas oleh BB Pay-Lock...well done Pay-Lock,u`re the best. BH ni sisik 40 dan banyak derak.