Search This Blog

Sahabat Tekukur Sarawak

Tuesday, June 25, 2013

Tapau Sulung BB Kalok

Tarikh : 22/06/2013
Masa : 04.30 ptg.
Jentera : BB Kalok.
Lokasi : Kebun Tebu Ayah.

Lama rasanya BB Kalok terperap dan memekak di sangkar layang. Bukannya tiada masa utk mengajar BB ni ke laman,tapi disebabkan masih sibuk dengan membuat ladung baru,maka hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dahulu. Petang ini bertemankan Adib,anak ketiga saya,menaiki motor Yamaha LC 135 terus menuju ke lokasi sasaran. Sampai di lokasi suasana agak sepi,yg kederangan hanyalah suara Merbuk.Cari lokasi jumpa permatang lama yg agak sesuai dijadikan laman mengajar.Bersihkan laman,pacak racik. Selesai pacak BB,terus menyorok. Lebih kurang lima minit berlalu,barulah BB mula bersuara,lambung guk. Dalam pada seronok mendengar BB lambung guk,tiba-tiba melambung sekor BH terus hinggap di pelepah kelapa tinggi tidak jauh dari laman. Melihat kelibat BH,BB Kalok terus menekan,selang,tekan  dan angguk gagap. Ada jugak rupanya isi BB ni walaupun seketul dua,boleh lah sebagai permulaan,detik hati saya. Mungkin marah mendengar suara BB,BH pun menekan,lambung guk seketul dan terkeluar jugak selang nya...boleh tahan BH ni,boleh simpan kalau dapat nanti.... BH tekan,tekan,selang dan lambung guk...rupanya baru saya perasan Seladang rupanya BH tersebut,cuma belum pasti Gantung ke Jati. Prappp...BH melambung lagi dan melayang turun menuju ke laman terbuka...hinggap di pokok durian bersebelahan dengan laman,BB buat aksi tembak. BH panas hati terus terjun dan menggangguk berjalan menuju ke BB. BB yg siap sedia menunggu terus memukul BH. BH mengelak terus ke laman racik.Apalagi,start motor lah jawabnya BH.BB ambil kesempatan terus pukul BH sepuas hati. Saya persembahkan gambar BH tersebut.




Untuk catatan dan rekod BB Kalok.

Monday, May 6, 2013

Mendidik Tekukur 2

Salam buat pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tidak seberapa ini. Pada entry kali ini suka saya membicarakan perihal mendidik tekukur,rentetan dari isu terdahulu. Sengaja saya sambung tajuk ini memandangkan ramai sahabat yang bertanyakan hal-hal berkaitan mendidik tekukur ini. Perlu saya jelaskan bahawa apa yang bakal saya catatkan adalah cara,pandangan dan pendapat saya sendiri. Cara dan teknik ini mungkin berbeza kerana tergantung pada kemampuan,kemahuan dan keistimewaan seekor tekukur itu sendiri. Mungkin berkesan atau tidak kerana setiap tekukur adalah unik dan tidak sama walaupun pada zahirnya ianya serupa.
Berbalik pada tajuk,saya ingin menyambung pada bahagian di mana setelah pemilihan dibuat dan Tekukur harapan telahpun berada di atas sangkar layang. Maka setelah sebulan dua,berkokok lah tekukur tersebut. Dari hari ke hari tekukur tersebut semakin galak,siap tertonggeng-tonggeng di sangkar layang,dengan kepak yang bergedik,menekan tanpa henti.Wah,seronok hati melihat hasil air tangan sendiri mula berhasil,dalam hati berkata `dah boleh lah ni dibawa ke hutan`. Tetapi apabila dibawa ke hutan,aduh...kaku macam batu di laman. Itu tak mengapa lagi,ada yang tarik tali kaki sampai nak tercabut kaki,mengelupur macam nampak hantu,tuan sendiri pun dah tak kenal lagi. Kenapa boleh terjadi begini?
Jawapan nya adalah senang. Sama ada tuan tidak kenal burung atau burung tidak kenal tuan. Makna kata,
proses persefahaman antara tuan dan burung tidak seperti yang sepatutnya. Tidak faham? Okey,kita detail kan secara jelas. Bila kita telah menilai dan memilih tekukur yang hendak kita jadikan pikat maka proses yang seterusnya adalah mengenali tekukur tersebut dengan langkah pertama meletakkannya di atas sangkar layang dengan tujuan untuk membiasakan nya dengan persekitaran sekeliling dan yang lebih penting adalah agar kita dapat `berhubung terus` (direct contact) dengannya. Maksud berhubung terus disini adalah dengan cara menyentuh (mengusap), memandikan,memberi makan secara lansung dan membersihkan sangkar layang dan sebagainya. Rutin secara tidak lansung ini merupakan langkah pertama yang paling penting dalam tertib untuk hubungan terus secara lansung dengan tekukur tersebut.
Okey,langkah seterusnya adalah memahami perangai,sifat dan kemahuan tekukur tersebut. Bagaimana? Ini memerlukan kesabaran sebab cara yang baik untuk memahami atau tahu perangai,sifat dan kemahuan terkukur tersebut adalah dengan:
1.Memerhati :-
   1.1.Tingkah laku.
         1.1.1. Perhatikan keberanian nya untuk membuka suara di sangkar layang dengan mengalihkan lokasi pengantungan sangkar layang tersebut. Jika di alih dimana-mana pun ia berani bersuara,maka ajar untuk turun main di tanah.Jika  di tanah pun ia berani atau mahu bersuara,nilai kan perbezaan suaranya sama ada telah mengeluarkan suara pada tahap berani ataupun masih takut2. Hanya tekukur yang bersuara pada tahap berani sahaja yang bersedia di ajar ke hutan.
   1.2 Permainan.
         1.2.1. Perhatikan permainan dan isi nya semasa di sangkar layang dan tanah.BB hanya boleh di ajar di suasana sebenar(hutan) bila mana ianya telah berani mengeluarkan semua isi atau permainannya semasa dalam latihan di rumah,baik tanah,jebak mahu pun pelepah.
    1.3 Kemahuan dan keperluan.
          1.3.1. Perhatikan apa kemahuan dan keperluan nya dengan melakukan beberapa percubaan/ujikaji terhadap tekukur tersebut. Contoh,ada tekukur yang suka mandi,ada yang suka diberi mandi secara basah separuh,ada yang tidak suka dipegang badannya,ada yang cepat tercungap-cungap bila dijemur dan lain-lain lagi.Bila kita dapat memahami kehendak,kemahuan dan keperluan tekukur tersebut maka kita secara tidak lansung kita mampu mengendalikan nya dengan mudah.
Itu adalah diantara tertib dalam proses mengenali secara dua hala. Setelah kita kenal tekukur kita dan tekukur pun kenal siapa tuannya,bagaimana pula tentang bila kah masa yang sesuai untuk mengajar tekukur ini. Dari pemerhatian dan pengalaman saya,tekukur (BB) perlu melepasi beberapa peringkat semasa galak di atas sangkar layang sebelum boleh di ajar ke hutan. Peringkat pertama,kebanyakan aksi nya adalah menekan dan menguku (biasanya dalam bulan Januari ke bulan Mac) Peringkat kedua,menekan,menguku dan lambung guk (Bulan Mac ke bulan September) peringkat ketiga,menekan (bergedik kepak)dan angguk angga  (dari bulan Oktober ke bulan Disember). (Perlu di ingatkan bahawa permerhatian saya ini adalah khusus untuk kawasan Sarawak sahaja kerana di khuatiri kawasan lain tidak sama.) Setelah tekukur / BB tersebut melengkapkan ketiga-tiga peringkat tersebut,masa yang sesuai untuk di ajar ke hutan adalah pada peringkat pertama musim berikutnya.Pada ketika ini BB lebih selamat dari berlaga secara mengejut dengan BH dan kebanyakannya hanya berlawan suara sahaja.Tapi,jika `terpacak` di kawasan BH yang baru naik,pasti berlaga juga lah jawabnya.
Begitulah serba sedikit catatan saya berhubung dengan mendidik tekukur ini agar kita tidak lagi kecewa kerana BB tidak mahu bersuara barang sepatah pun bila berada di suasana sebenar.Apa yang penting,kenali lah BB anda terlebih dahulu dan secara tidak lansung BB akan mengenali anda. Dengan adanya kesefahaman ini maka anda tidak akan dikecewakan oleh BB anda.Mungkin ada yang tertinggal dan terkurang,ada kelapangan,saya akan sambung lagi di lain entry.Terima kasih.

Tips memilih tekukur yang senang di ajar dan cepat menjadi bagi yang tiada pengalaman. Di dalam Ladung besar,cari Burung Ladung yang kerap lambung guk dan menekan,dengan syarat roma nya mesti cerah dengan bersaiz badan sederhana.Cuba lah,anda pasti tersenyum.

Saturday, March 16, 2013

Lesen Merbuk 2013

Agak lama juga saya tidak memikat Merbuk. Teringin juga untuk melayan suara merdu Merbuk di hutan. Dalam dua ke tiga hari yang lepas sempat juga lah mencuri masa untuk membawa dan mengajar BB yang bernama Pay-Lock(PL) ke hutan,sekadar digantung untuk menilai air suara dan keberaniannya. Ternyata tepat ciri-ciri yang ada pada PL sebagai seekor bakal pikat yang berkualiti.
Petang ini jam 1400 hrs bawa PL ke hutan dengan tujuan untuk melatih dan membiasakannya dengan suasana sebenar persekitaran hutan. Bersenjatakan jebak hasil air tangan sendiri,yang sememangnya dibuat khas untuk PL,saya menuju ke dusun durian dimana selalu kedengaran suara galak seekor taiko BH Merbuk  semasa saya sedang memikat Tekukur. Setting jebak di pokok durian muda,tidak sampai satu minit ditinggalkan,PL mula meratus.Selepas dua ke tiga kali PL meratus,BH taiko dusun tersebut pun membalas. Agak jauh suaranya. PL terus meratus dan meratus tanpa henti. Suara BH semakin dekat dan dekat,marah benar BH tersebut dengan suara PL. Dari tempat menyorok kelihatan BH terbang lansung hinggap di pokok jambu,bersebelahan dengan pokok durian dan lokasi jebak.PL pada mulanya terkedu mula berderak...arkkk...arkkk...arkkk...apalagi,BH yang marah mula melompat dari dahan ke dahan. Lebih kurang berbelas kali BH tersebut berpusing-pusing melompat meniti dahan ke dahan berhampiran angga jebak,tapi tetap tidak mahu menuju ke angga. Upacara berbalas derak semakin rancak sehinggalah BH hilang pertimbangan lalu melompat ke angga jebak. Prappp...selamat diselimuti rapun jebak.



Inilah taiko dusun durian yang tertewas oleh BB Pay-Lock...well done Pay-Lock,u`re the best. BH ni sisik 40 dan banyak derak.

Tuesday, January 22, 2013

MUSIM BARU BERMULA

Salam...musim hujan bakal berakhir pada sekitar awal Febuari ini nanti. Maka,bermula jugalah musim baru untuk memburu BH idaman. Laman atau angga musim lepas yang telah tiada ketuanya,mungkin pada musim ini telah berganti dengan ketua baru yang lebih hebat,ataupun ketua yang lama masih bertahan dan tidak mampu ditangkap,mungkin juga akan berjaya di tangkap pada musim baru ini nanti.

Di penghujung musim lepas saya sempat meluangkan masa dengan mencuba untuk membuat Jebak Rama-Rama. Sekadar untuk mengisi masa sambil meneliti dan menilai BB manakah yang berpotensi untuk diketengahkan pada musim ini nanti,sempat juga Jebak tersebut disiapkan.Jebak tersebut saya buat khas untuk menangkap Murai Batu (Sesekali teringin juga menyimpan seekor dua jenis 'Songbird' di perkarangan rumah). Makin riuh lah suasana...Hehehe...



Dalam pada itu,setelah dikenalpasti dan dinilai,bagi permulaan musim ini saya mengetengahkan seekor BB sebagai 'anak murid' baru (Bila lah nak jadi Pengetua pulak ni?). Butir-butir BB tersebut:

Nama : Akan diberi setelah berjaya membunuh seekor.
Jenis : Guk 2 Jati.
ISI (Isi Setakat Ini) : Gagap 3 mata,tekan rapat,ada selang.
Air Suara : Sedang.
Sejarah : Anak BH dari sarang.
Umur : + - Tiga Tahun.
Saiz : S.
Latihan setakat ini : Ladung Besar -Ladung Asuhan - Sangkar Layang - Tanah - Jebak.
Keistimewaan : Walaupun spec tidak sempurna tapi jenis hati kering dan rajin lambung Guk.
Perancangan : Bermula dengan Jebak dan jika ianya berpotensi akan dilatih ke pelepah.
Sasaran masa penilaian : 06 bulan bermula dari tarikh pertama kali diajar di hutan.


BB ini masuk ke jebak secara rasminya pada hari ini 22/01/2013.