Salam buat semua pembaca,rakan2 selaman dan seangga...atas permintaan ramai rakan2 di Sarawak yg meminta agar berkongsi pengetahuan tentang cara saya mendidik @ mengajar tekukur dari hutan hingga lah menjadi pikat,maka di sini saya perturunkan pengalaman berkenaan cara saya sendiri mendidik @ mengajar tekukur.Perlu diingatkan terlebih dahulu,lain orang lain pulak lah caranya...ini cara,teknik dan ikhtiar saya untuk membentuk seseekor brg tekukur dari tangkapan hutan hinggalah menjadi BB dan pikat @ denak...jika betul pada pandangan dan perkiraan jadikan tauladan tapi jika salah,maafkan saya dan jadikan sebagai hiburan semata...yang baik semuanya dari Allah,yang buruk semuanya dari kesilapan saya sendiri...
Bercakap tentang mendidik @ mengajar seseekor burung tekukur yang kita dapat dari hutan ataupun yg kita beli dari kedai...perkara pertama adalah memilih tekukur yang hendak kita didik,bentuk dan ajar...dlm hal ini,pemilihan adalah langkah pertama yg sangat penting kerana kita tidak mahu membuang masa,kos menyimpan dan kudrat semata-mata tersalah pilih dan berputus asa pada akhirnya...memilih secara tepat bermaksud kita memilih sendiri atau meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada seseorang yang tahu selok belok kualiti seseekor tekukur yg baik...pemilihan juga bermaksud kita meneliti seseekor tekukur tersebut dari paruh hinggalah ke hujung ekor,semuanya perlu di lihat secara teliti...perlu diingatkan bahawa kualiti seseekor tekukur tidak lah sesempurna 100%...mesti ada yg terkurang dan terlebih...misalnya Guk 1 ekor kura nya terlebih sedikit tapi bulu penyambutnya besar dan panjang,tidak mengapa...itu dinamakan kekurangan yang ditutup...masih boleh dikira baik dan disimpan. Macam mana sesekor tekukur yg baik atau memilih seseekor tekukur yang 'perfect'? Insya Allah,ada kesempatan nanti saya mungkin akan huraikan...tapi,banyak rujukan2 dlm Forum dan blog yg berkaitan dengan tekukur boleh didapati...semuanya agak sama cuma perlukan pengalaman untuk menilai dan mempraktikannya...
Setelah pemilihan dibuat,letakkan Tekukur Didik (TD) tadi di dalam Ladung besar bersama 2 ke 3 ekor tekukur bersamanya(mesti burung tekukur yang baru masuk ladung juga,bukan yang dah lama dalam ladung)...untuk beberapa ketika lebih kurang sebulan dibiarkan dalam Ladung besar tersebut,perhatikan sifat,tingkah laku dan perangai TD tersebut. Disini proses mengenali TD bermula dengan memerhati tahap keberanian,air suara,jalan suara dan permainannya...ini bukan proses menilai tetapi lebih kepada memerhati dan mengenali...biarkan TD tersebut hinggalah TD tersebut telah mula menguasai kawanan dalam Ladung tersebut...tetapi jika TD telah dikuasai oleh tekukur yg lainnya dalam tempoh 3 hingga 5 bulan di dalam Ladung tersebut,disinilah proses menilai nya sama ada utk mengasingkannya ke petak secara bersendirian ataupun kalau saya,saya lepaskan saja...ada 3 sebab kenapa TD tersebut lambat naik (dikuasai)...1.Burung Muda...2.Burung pernah kalah di hutan...3.Burung Pengikut (Istilah Sarawak).
Bukan bermaksud burung lambat naik tersebut tidak bagus tapi memakan masa utk naik atau jadi dan perlukan kesabaran yang tinggi utk mengajarnya...
Setelah proses menilai dilakukan maka alihkan ia secara bersendirian di dalam kandang petak (Sila rujuk patern / cara Ladung saya di dalam post Ladung oh Ladung). Biarkan ia dalam kandang petak tersebut seketika,perhatikan perangainya samada dia cepat berbunyi atau menguku dlm kandang petak tersebut...jika ya,maka alihkan pulak ke sangkar layang...di sangkar layang inilah bermulanya proses menjinakkan bertujuan untuk membiasakan diri dengan keadaan sekeliling dan dimandikan...selepas itu,TD tersebut diajar turun naik dari sangkar layang ke tanah...kekerapan melakukan aktiviti ini adalah perlu dengan membiarkan ia memagut dan makan pasir @ tanah seketika...disamping itu selitkan juga dengan mengajar ia masuk keluar cetok sehingga ia tidak takut atau terpingga-pingga utk masuk ke dalam cetok dan seterusnya ke atas sangkar layang...Bila masa yg sesuai untuk mengajar @ membawa ia ke hutan? Bila ia telah galak di atas sangkar layang ataupun di dalam cetok...tidak perlu menunggu sehingga kepaknya bergedik,cukup bila ia galak menekan,perap dan menguku,boleh di ajar ke hutan...jgn pacak dahulu,gantung dulu,perhatikan apa reaksinya bila ia mendengar suara tekukur hutan...jika ia telah mula membalas suara tekukur hutan,turunkan ke tanah tapi jgn sampai dibelasah tekukur hutan,takut bacul atau terus patah @ jatuh...susah nak perform lagi...
Begitulah seringkas-ringkasnya yang dapat saya huraikan...mungkin banyak yang tertinggal,tapi secara kasarnya begitulah rentetan cara saya mengajar tekukur...tiada salahnya mencuba selain dari cara saya ini,asalkan logik dan berkesan,tidak ada cara yg khusus mengajar @ mendidik tekukur sehingga menjadi...perlu diingatkan juga bahawa nasib dan tuah memainkan peranan penting mengajar tekukur ini...ada tekukur yg cepat menjadi dan ada yg lambat...apa yg penting adalah kesabaran yg tinggi...jgn jadi lauk sudah...
Tips utk yang baru berjinak2 dengan hobi ini...pilih burung Tekukur yang roma nya cerah (air embun) dan Guk 2...cuba lah,anda pasti tidak menyesal...
Search This Blog
Sahabat Tekukur Sarawak
Monday, December 3, 2012
Wednesday, November 14, 2012
Projek Di Hujung Musim Siri 1.
Musim tahun ini berada di penghujungnya...sudah sedia maklum,di hujung tahun begini hujan mencurah-curah turun...akibatnya banjir di sana sini...helang dan sewah berlegar-legar tanpa mengira waktu mencari rezeki untuk generasi baru...
Bagi kaki-kaki pikat pula inilah masanya untuk 'mengemaskini' BB maupun pikat...menconggak strategi dan menilai kembali skill disamping menentukan yang mana akan di turunkan untuk aksi musim akan datang...dalam pada itu berharap kecemerlangan musim lalu sekurang-kurang bertambah dengan jentera pengempur yang baru...
Saya tidak berkecuali dalam hal ini...masa-masa yang terluang di isi dengan aktiviti lainnya tapi 'mengemaskini' BB dan pikat tetap menjadi keutamaan...pada minggu lepas saya berkesempatan untuk membawa keluarga bersiar-siar di satu lokasi...alangkah terkejutnya saya dengan suara-suara Tekukur yang riuh rendah... suara yang riuh rendah tidak mengapa lagi tetapi bila diamati,berbagai-bagai dan bermacam-macam suara dapat didengar...dari Seladang hinggalah ke Guk 3,semuanya ada...isi pula jangan ceritalah...rantau penuh,tarik akar,gagap penuh,gagap selayar dua itu biasa,selangkuku...dan yang paling saya tidak dapat lupakan ialah seekor BH yang mengganguk sambil membuka kepak(macam Merbah Jambul),rantau penuh,selangkuku,Guk 2...dalam hati,lokasi ini adalah keutamaan satu untuk musim depan...memang tidak dapat dinafikan bahawa lokasi tersebut tidak pernah terusik lagi...masih segar dengan flora dan fauna yang memukau dan dihuni pula oleh pelbagai spesis unggas yang hampir pupus seperti Barau-Barau yang menghuni tepian sungainya,Murai Batu yang menghuni kawasan bukitnya,Burung Daun Hijau di lembah,Kuang di Gunungnya dan pelbagai spesis yang jarang kita lihat dan jumpa...yang menyedihkan ialah kebanyakan spesis ini mati sia-sia di jalanraya gara-gara dilanggar kenderaan...
Berbalik pada aktiviti 'mengemaskini' Tekukur,saya paparkan projek di hujung musim sebagai diari dan tatapan sahabat2 disamping untuk update blog saya ini...

Jantan - Guk 2,Rantau Penuh / Betina - Selandang Jati.
Jantan - Guk 1-Sora besar / Betina - Guk 1-Rantau penuh.
BB Guk 1-Tarik akar.
Handfeed-Guk2-Gagap penuh-Sora sedang.
BB Guk 1- Angguk Angga.
Handfeed - Guk 1-Kaki belah rotan.
Handfeed - Guk 1-Sepasang-Dari Induk Pikat.
Projek Sampingan -Puter (Tekukur Jawa)-JantanAlbino / Betina Biasa.
Monday, August 13, 2012
Raya bakal menjelang.
Tak sampai seminggu lagi umat islam akan menyambut lebaran...pada ketika ini saya kira persiapan untuk meraikan lebaran hampir 70% siap...masing-masing mencuba sebaik mungkin untuk membuat persiapan yang sempurna...al-maklumlah,sanak saudara,sahabat handai akan berkunjung ke rumah...masa ini lah yang dekat datang berkunjung,yang jauh datang bertandang...bagi pemikat-pemikat pulak,masa inilah sahabat handai dan rakan taulan datang berziarah,niatnya,20 % untuk beraya manakala 80 % pulak nak recce pikat kawan...manalah tau kan kawan ada pikat/BB lebih,kena pulak masa tengah bergembira,bermurah pulak hati derma sekor dua BB yang baik...perhhh...kecil tapak tangan,padang bola ditadahkan...hahaha...
Ok,berbalik pada catatan,seperti tahun-tahun yang sebelumnya (jika saya tidak terlibat dengan sebarang penugasan)memang tradisi keluarga saya seminggu sebelum raya,kena ke kebun ayah saya untuk mengambil buluh lemang...walaupun berpuasa tapi kena gagahkan jugak meneruskan tradisi ini,lagipun aktiviti semuanya di dalam hutan,taklah panas sangat...
Nasib baiklah cuaca hari ini (Ahad,12/08/2012) redup,tekak pun tak lah terasa kering sangat. Lepas jenguk tanaman sekejap,terus masuk ke dalam hutan untuk mengambil buluh.Macam biasa,riuh rendah dalam hutan tu dengan suara dan gelagat...meriah.

Jalan dari kebun ke tempat mengambil buluh.Kelihatan abang ipar bersama sahabat dan jiran bersama.
Nasib baiklah cuaca hari ini (Ahad,12/08/2012) redup,tekak pun tak lah terasa kering sangat. Lepas jenguk tanaman sekejap,terus masuk ke dalam hutan untuk mengambil buluh.Macam biasa,riuh rendah dalam hutan tu dengan suara dan gelagat...meriah.
Suasana dalam hutan dengan perdu buluh lemang.
Dalam pada sibuk memilih dan menebang buluh lemang ni,terserempak dengan perdu rotan...wahhh...banyak rupanya perdu-perdu rotan yang tumbuh menjalar dalam kebun orang tua saya ni...peluang baik jangan dilepaskan...banyak burung ladung boleh digantung dengan rotan ni...leka saya dibuatnya sampai tak ingat puasa dan nak balik.
Macam-macam jenis rotan ada dalam hutan ni...tinggal pilih dan ambil saja.
Lastly,buluh pun lemang pun dah dapat dan rotan pun dah dapat,apalagi,balik untuk aktiviti seterusnya...persiapan untuk berbuka puasa pada petang ini...
Ni lah hasilnya...buluh lemang untuk Syawal tahun ini...
Monday, July 30, 2012
Selamat Berpuasa
Salam buat semua sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti blog saya ini...Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang sentiasa dirindui iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak...bulan yang penuh berkat dan pengampunan...
Sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini saya mengambil kesempatan untuk berehat seketika daripada aktiviti memikat...bukannya apa,tak larat satu hal,nak beribadah lebih pada bulan yang mulia ini yang utama bagi diri saya...apa pun,jika terdapat apa peristiwa atau hal yang menarik di Sri Aman ini,Insya Allah,saya akan mencuba untuk membuat masukan-masukan tersebut untuk diari blog saya ini dan tatapan semua...
Lastly,selamat berpuasa,semoga mendapat berkat dan hidayah pada bulan yang mulia ini...Wassalammm...
Saturday, June 23, 2012
Minggu yang suram
Hari Sabtu dan Ahad dua minggu kebelakangan ini saya habiskan dengan mengejar seekor BH Idaman(BHI)...berbagai teknik dan tipu helah telah saya gunakan untuk menjatuhkan BH tersebut namun BH tersebut masih bebas berkeliaran menjaga kawasannya...
Kali pertama saya guna cara biasa iaitu tanah (bawa BB SG ML)...BB bersemangat berdeguk tapi terdiam seribu bahasa bila BHI datang selang sepokok dan terus tekan rapat,tekan selang,angguk angga tanpa henti...memang power BH ni,suara pulak nyaring berdesing...kalau dekat telinga mau pekak sekejap dibuatnya...BB terus bisu sampai kesudah...kalah suara le tu...
Kali kedua guna teknik pelepah dengan BB pelepah...sama jugak ceritanya,BB terkedu bila BHI sampai dan menekan...Kali ketiga guna teknik jebak dengan BB jebak...sama jugak ceritanya,sad ending (BB terus bisu sampai sekarang) Kali keempat guna jebak jugak dengan pikat tua(Fei Mau)...kali ni memang riuh rendah pikat beradu suara dengan BHI...macam-macam cara Fei Mau pujuk ajak datang dekat tpi BHI tetap duduk jarak paling dekat pun dua depa...sampai berguling-guling Fei Mau dalam jebak...hai,takkan BHI tu betina,dia punya angguk saya kira sampai berbelas kali non stop,siap pukul angin lagi tu...takkan celir jebak/racik kot...pelik betul mainan BH ni ataupun teknik saya yang pelik bagi BH ni???
Kali keempat iaitu hari ini saya ajak kawan sekali...biar diaorang percaya apa yang saya ceritakan...teknik masih jebak tpi ikut nasihat kawan setting lain sikit hari ni...setting ala-ala Vietnam stail...dipendekkan cerita,BHI masih tak mau beradap,cuma lawan suara siapa yang paling kuat...Guano wei (ayat saya) Gotuuu...payoh natei nih...kalu bulih kawe nok katok palo dio (ayat saing)...
Haiii...apa nak buat,belum rezeki...takpa lah,banyak hari lagi...apa yang saya minat kat BH tu adalah kelantangan suaranya...dari jauh dah kedengaran...kalau dapat,buat induk pesum ,perhhh...berbaloi-baloi.
Panorama sekitar angga BHI
Setting jebak ala Vietnam stail (idea saing)
Saturday, June 9, 2012
BB Jebak
Seperti hari-hari kelepasan umum sebelumnya pada tahun ini,hari ini bercadang untuk mengajar BB lagi...hai,nampaknya jadi cikgu lah aku musim kali ni...kali ni nak mengajar BB Jebak pulak memandangkan bulu temuncut ML tengah mencacak naik...BB Jebak ni baru dua kali diajar keluar masuk jebak tpi macam dah biasa gayanya...memang saya baca BB ni BB Jebak sebab fizikalnya tidak berapa sesuai untuk main racik...tambahan air suaranya pun memang air suara jebak...tekaan saya hampir tepat kerana setakat ini BB ni menunjukkan keserasian pada jebak...
Timbul pulak satu masalah...mana aku nak mengajar BB ni???Conggak punya conggak,ahaaa...di belakang rumah pak mertua ada port baik...hari tu terdengar Burung Kampung (pasal burung tu duduk di kampung dan dah kenal manusia@tak berapa liar) galak sangat dibelakang rumah,lagipun dapat jugak bawah orang rumah dan anak-anak jenguk bapa dan atuk mereka (jaga hati orang rumah)...
Sampai jer terus setting jebak lama saya betul-betul di belakang rumah kat pokok Mempelam (Mempelam tengah lebat berbuah,pak mertua jeling semacam jer menantu patahkan ranting pokok Mempelam kesayangannya) Siap jer,terus duduk bawah pondok jarak lebih kurang 15 meter...Setengah jam berlalu,BB senyap...BK (Burung Kampung) mula melambung,melayang terus ke angga pokok kelapa betul-betul dihadapan angga jebak...BK lambung guk...guk 1,lepas tuh tekan rapat,selangkuku...berulang-ulang tekan dan selangkuku...suara sedang...BB yang pada mulanya terpingga-pingga mula membalas,menekan dan menggangguk...hai,ada harapan ni...dalam pada BB terangguk-angguk,entah dari mana tetiba muncul sekor BK lain landing betul-betul atas angga jebak,apalagi,terkepit lah jawabnya...tak sempat nak tunjukkan ilmu di dada dah tertewas...takpa lah,janji BB mau lawan,lain hal belakang kira...tangkap gambar BK,buka BK dari pukat jebak,tilik lebih kurang(fizikal kurang mantap,sana sini kurang sampaikan tak boleh nak di cover),lepaskan untuk anak cucu pulak main nanti...Angkat jebak,siapkan mana yang patut,cukuplah pelajaran untuk hari ini...markah lulus dengan kepujian cukup makan...
P/S: Terkilan rasanya tak dapat memikat dengan sahabat TTF dulu,Big Show yang datang ke Sri Aman...sorry bro,lain kali,umur panjang kita jumpa lagi...kita gempur satu daerah...kesibukan tugas membataskan segalanya...
Ni dia gambar Burung Kampung yang tertewas.
Wednesday, June 6, 2012
Rehatkan BB
Bosan rasanya dalam tempoh dua minggu ni sebab tiada aktiviti melaman...Sibuk adalah antara puncanya...Macam-macam perkara penting perlu diselesaikan,hantar anak mendaftar ke Uitm lah,kerja-kerja pejabat yang diluar jangkaan lah...aduhhh...dah sarat kepala ni...kena melaman jugak hujung minggu ni...
Dalam pada sibuk tu,sempat jugaklan singgah di kedai burung...beli sekor tekukur jawa betina warna putih RM60.00 (2 minggu sebelumnya pernah tanya tauke kedai tu harganya...tauke tu kata RM1K sebab tekukur jawa tu albino) saya tak lah tahu sangat pasal tekukur jawa albino ni...entah kenapa pulak hari tu harganya RM60.00 jer (saya beli kat adik tauke kedai tu) atau mungkin tersalah letak harga kot...saya apalagi,tak banyak cakap,sambar terus...Cadangnya saya nak kacukkan Tekukur jawa putih tu dengan pikat tua saya...harap-harap menjadilah...Ladung pun saya dah siapkan...cuma tunggu masa yang sesuai saja.
Anyway,tahniah buat kawan-kawan yang asyik menapau saja dalam dua minggu ni...senang hati bila ada pikat harapan dibawa ke laman...bukan macam saya ni,ngajar BB jer dalam tahun ni...ada BB baru nak meletup,dah jadi rezeki kucing pulak...haiii...apa nak buat dah takda rezeki saya...lastly(saja nak update Blog) buat otai-otai Kukur Sarawak,segala persiapan telah saya atur untuk trip memikat di Sri Aman,cuma tunggu dateline nya...
Ni dia pics Tekukur Jawa putih.

Monday, May 21, 2012
BB bisu menapau.
Petang ni badan rasa tak berapa sedap. Balik jer dari pejabat,terus capai cetok,masukkan ML,pecut ke Dusun durian tempat mengajar tempoh hari. Niat bukan nak mengajar pun,cuma hendak mengeluarkan peluh...nak berjogging,berat sangat rasanya.Sampai di lokasi,macam biasa,meriah suara2 BH berkumandang...terdengar satu suara BH guk 2 jati,tekan guk (Rantau),pekakas...perhhh...terus baik pulak rasanya badan yang tak sihat ...apalagi,terus himpit ke bahagian dalam dusun tersebut,serapat yg boleh ke angga BH Rantau (BHR) ...perrsiap laman,pacak racik,keluarkan BB ML,terus menyorok di balik pokok durian tidak jauh dari laman.
ML senyap jer...sesekejap tarik tali kaki...hai,nak merasa air kolam ML ni agaknya,buat perangai di saat-saat penting macam nie...pening kepala mikir perangai ML...tayar motor dah nampak dawai,selipar jepun dah berbelas pasang berganti,tali ulat@kaki branded dah dua kali bertukar...penat oooiii mengajar BB ni,tapi perangai tak berubah-ubah jugak...takpa lah,lepas ni kena start balik dari A pasal sayang dengan aura penurun ML nie...bukan penurun suara tapi penurun fizikal...
ML tembak dua tiga kali,BHR tembak jugak dan landing betul2 di dahan pokok durian yang di bawahnya laman ML...ML tembak sedas...prufff...BHR terjun betul2 di laman racik...berjalan sambil menguku lima enam langkah,kaki jem...apalagi,menggelupor lah jawabnya...tangkap BHR,racik tembaga saudara Rahmat a.k.a Naneng grip kemas dua jari kaki kiri...alhamdullilah...dapat jugak merasa BH Rantau,ada lah pasangan untuk pesum Burung Ladung betina Rantau...
Selesai dengan penamat kegembiraan...gambar tak sempat ambik sebab iPhone tertinggal...takpe,nanti saya upload gambar BHR di dalam Ladung.

Monday, May 14, 2012
Dendam terbalas.
Tarikh : 13/05/2012.
Masa : 0630 am.
Logistik : BB SG (ML)
Lokasi : Laman mengajar dusun durian.
Semalam bawa pikat yang bernama Fei Mau dengan harapan menangkap otai dusun durian yang telah membelasah teruk BB SG yang bernama ML.Semangat untuk menawan BH tersebut begitu membara...habis segala pengetahuan,ilmu dan pengalaman dikeluarkan demi untuk membalas demdam. Namun,BH tu macam tahu,lansung tidak menunjukkan diri,sebaliknya BH sora sedang tarik akar yang terkena...lepaskan balik sebab tak berkenan...
Hari ni bawa lagi BB SG ML turun,rehatkan pikat candi/tua si Fei Mau...sampai di laman,siapkan laman,pacak racik tembaga 21 mata pemberian saudara Rahmat a.k.a Naneng,laju jer ML keluar dari cetok...terus buat kerja biasa,apalagi berkebun lah (pagut rumput,tanah) Tuan dia dah siap-siap menyorok.
Lebih kurang seminit dua macam tu, suara ML mula berkumandang...macam biasa,lambung guk,perap,selangkuku...itu jer pun yang dia ada...isi lain masih simpan untuk khazanah kot...
Entah dari mana tetiba dah terpancul BH di atas angga dahan durian diatas laman ML...berdebar-debar hati bila mendengar sora BH tersebut...memang sah BH yang telah membelasah ML tempoh hari...dipendekkan cerita,BH tu terjun macam daun kering,betul-betul ditengah laman...macam biasa sepak terajang,pukul memukul,tampar menampar dan akhirnya ML buang BH ke laman racik...ambek kau,terkial-kial kaki kena racik...game over...racik sangkut di 2 jari...

BH kopi O jer...simpan untuk teman sparring dlm Ladung.
Ni ler rupa kaki buli dusun durian...tertewas akhirnya.
Friday, May 11, 2012
Sessi mengajar BB
Tarikh : 11 Mei 2012.
Masa : 1500 Hrs.
BB : SG (ML)
Kebetulan selepas solat Jumaat kelepasan tugas,bawa BB SG yang bernama ML untuk mengenali laman sambil menghirup udara segar. Dari semalam lagi ML dah ada dalam cetok,cadang memang nak mengajar ML hari ni.Start motor terus menuju ke dusun durian yang memang terkenal untuk tempat mengajar BB. Dengar khabar daripada member-member,ada BH yang teramat garang di kawasan tersebut,tapi yang hairannya,hanya yang bernasib baik saja yang dapat bersua dengan BH tersebut.Entahlah,saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran cerita tersebut.
Dipendekkan cerita,sampai di dusun tersebut,hujan renyai baru saja berhenti.Jumpa laman baik punya,terus pacak ML.ML segan-segan pulak nak keluar dari cetok.Bila keluar,jinjang jer leher,terpingga-pingga.Bodoh sekejap,maklumlah,kejutan budaya.Kemas sikit ala kadar,apalagi tuan dia,macam biasa, buat kerja menyorok.Dalam lebih kurang tak sampai seminit ML lambung guk...seladang 3 kali ...guk sekali...pastu perap tiga empat ketul,lambung guk lagi...sesekali tekan selangkuku...Wahhh...ini macam sudah bagus...hati tuan manyak sinang...muka ada sinyummm...
Sambil seronok menghayati alunan irama ML,tetiba ML tekan angguk...macam tak kenal dunia ML mengangguk sambil menghentak-hentak kaki...prappp...prappp...prappp...alamak,tahu-tahu BH dah atas belakang ML.Berkepul bulu ML di buatnya...bila pulak BH ni sampai? dari mana? tanpa salam,tanpa amaran...tak boleh jadi ni,sebelum ML teruk,saya tepukkan tangan,konon nak menghalau tapi BH memang macam dah nekad nak membelasah ML...takda kesian,sampai lah saya datang dekat barulah BH tu terbang,itupun di dahan pokok durian betul-betul atas kepala saya...yang pedihnya,siap tekan angguk,perap lagi tuh...saya nak ambik gambar,pruppp...dia terbang naik tinggi sikit di dahan atas...elok jer saya masukkan ML kedalam cetok, BH tu lambung guk...alamak,SJrupanya... suaranya,perhhh... nyaring,pekat,kaw...sampai meremang bulu roma saya mendengarnya...adakah itu BH yang sering diceritakan kehebatannya?Saya pun tak pasti,tapi apa yang saya pasti,esok saya akan repeat balik dengan hero no.1 saya,Fei Mau dengan aksi jebak.Tau lah kau esok wahai BH SJ Idamanku...
Ni dia port BH SJ.
Berterabur bulu ML kena belasah.
ML monyok lepas kena belasah BH SJ.
Wednesday, May 2, 2012
BB BERTARUNG
Lama rasanya Burung Baru tidak turun ke tanah.Asyik memekak di
atas sangkar layang,bingit telinga dibuatnya. Tengok cuaca pun elok,terus
turunkan BB Seladang Gantung yang bernama ML ni bersebelahan dengan ladung.Dah
siap pacak tumang,saya tinggalkan. Tidak lama selepas itu,kecoh dengan bunyi
suara angguk tekukur,rupa-rupanya ML beradap dengan BH.Mana pulak datangnya BH
ni,tetiba jer muncul dengan sepak terajang. Saya tak puas hati,halau BH
tu,terus pacak racik. dari bilik tempat saya mengendap,bukan main lagi suara BH
ni...ini sudah bagus,suara macam burung pesum,isi ada ler seketul dua...ok
jugak tu,boleh tambah koleksi burung dalam Ladung...lambung guk sedas dua,perap
dua tiga ketul terus terjun ke laman,apalagi,naik gila lah ML walaupun lima
enam kali kena penyepak BH...dipendekkan cerita,akhirnya BH tu telah berada di
atas sangkar layang dengan amannya...untuk trip musim depan...sempat jugaklah
saya rakam sedikit sebab begitu teruja nak lihat reaksi ML.
Kesian la pulak tengok ML kena belasah kaw-kaw dengan BH...nasib baik la ML tahan lasak...kalau tidak,lama dah pirut...naya la jawabnya...maaf la,vids ni sessi pertama sebelum pacak racik.
Tuesday, February 7, 2012
Semangat 2012
Lama rasanya tidak mengemaskini blog ini...bukan apa,cuma leka mendidik Burung Baru...lama jugak lah rasanya tidak bertanya khabar berita sahabat-sahabat sepermainan...apa kah khabar berita sahabat-sahabat di tanah seberang...Semenanjung? adakah masih aktif atau berehat sementara gara-gara helang atau sewah tengah bermaharajalela? tidakpun kerana keadaan cuaca yang tidak keruan masa ini?
Tahun 2012 telah masuk bulan yang kedua...lain pulak rasanya semangat pada tahun nie...berkobar-kobar semangat nak mendidik BB untuk menjadi...mana tidaknya,hampir patah semangat bila pikat kesayangan terkorban atas sangkar layang setahun yang lepas...tapi takpa,itu cerita lama...hati sudah terubat,BB hebat bakal menganti...hehehe...
Baiklah,kita buka cerita baru untuk tahun 2012 ini...permulaannya,saya perlihatkan gambar burung Tekukur yang terdapat di Timor Leste,sebuah kepulauan yang indah dan pantainya yang putih dimana masih terdapat banyak hidupan unggasnya dan bagi saya,peminat tekukur,ini sajalah kenangan yang dapat saya abadikan dari Timor Leste.
Inilah rupanya Burung Tekukur di negara Timor Leste. Bagaimana? Ada sebarang perbezaan dengan Tekukur di negara kita?
Apa-apapun,untuk perkongsian bersama...sebagai halwa mata...saya tangguhkan dulu coretan ini...kita bakal bersambung,Insya Allah.dipanjangkan usia,saya akan cuba kemaskinikan blog ini dengan aktiviti semasa saya khasnya dan teman-teman di bumi Kenyalang ini amnya untuk pengetahuan bersama...chowww...wassalam.
Tahun 2012 telah masuk bulan yang kedua...lain pulak rasanya semangat pada tahun nie...berkobar-kobar semangat nak mendidik BB untuk menjadi...mana tidaknya,hampir patah semangat bila pikat kesayangan terkorban atas sangkar layang setahun yang lepas...tapi takpa,itu cerita lama...hati sudah terubat,BB hebat bakal menganti...hehehe...
Baiklah,kita buka cerita baru untuk tahun 2012 ini...permulaannya,saya perlihatkan gambar burung Tekukur yang terdapat di Timor Leste,sebuah kepulauan yang indah dan pantainya yang putih dimana masih terdapat banyak hidupan unggasnya dan bagi saya,peminat tekukur,ini sajalah kenangan yang dapat saya abadikan dari Timor Leste.
Apa-apapun,untuk perkongsian bersama...sebagai halwa mata...saya tangguhkan dulu coretan ini...kita bakal bersambung,Insya Allah.dipanjangkan usia,saya akan cuba kemaskinikan blog ini dengan aktiviti semasa saya khasnya dan teman-teman di bumi Kenyalang ini amnya untuk pengetahuan bersama...chowww...wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)